Pages

Saturday, December 14, 2013

[SELEBRITI]: Dedah Gambar Anak, Yasmin Hani Tidak Langgar Kontrak

SEBELUM ini difahamkan, gambar serta nama anak sulung selebriti ini hanya akan didedahkan buat pertama kali kepada umum melalui sebuah program televisyen khas.

Program eksklusif tersebut juga khabarnya hanya akan ditayangkan pada Januari depan. Bagaimanapun baru-baru ini melalui laman Instagram @yasminhani milik Yasmin Hani Richardson, 34, sudahpun didedahkan wajah dan nama anaknya yang lahir pada 12 November lalu.


Kalau diikutkan tindakan itu mampu membuatkan dia dikenakan tindakan undang-undang memandangkan Hani sudah memberitahu hanya saluran televisyen berkenaan sahaja yang boleh memaparkan wajah anaknya.
Menjelaskan hal itu, kata Hani, dia dan suami tidak pernah mengesahkan mana-mana televisyen yang akan menyiarkan program tersebut.

Malah kami juga tidak ada menandatangani apa-apa surat perjanjian. Memandangkan syarikat produksi yang menyiapkan program ini adalah Blublack milik suami, jadi kami tidak mempunyai masalah menyiarkan gambar anak kami dahulu di laman sosial

Menurut Hani dia dan suaminya kini masih mencari saluran televisyen yang akan bekerjasama dengan mereka untuk peryiaran program ini.

Saya tidak akan disaman, dan kami ada hak untuk berkongsi gambar anak kami. Buat masa ini kami masih lagi mencari saluran yang sesuai, walaupun kami sudah memaparkan nama serta gambar anak kami tidak bermakna program ini nanti akan hilang nilai eksklusifnya

MUngkin Yasmin Hani sudah memikirkan hal ini semasak-masaknya. Seperti orang lain, selebriti juga turut teruja berkongsi gambar anak masing-masing di laman sosial. Mak mak ini, teruja dia lain macam sikit. Tak begitu?


No comments:

Post a Comment