Pages

Sunday, December 15, 2013

[GOSIP]: Johan As’ari Anggap Shila Amzah Tidak Matang

Setelah Johan As'ari mengumumkan ketulusan hatinya terhadap Lana Nordin, Shila Amzah dilihat banyak meluahkan perasaan kecewanya melalui status dan gambar di laman sosial Twitter dan juga Instagram. Johan yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2013 lalu berkata, dia juga agak tidak senang dengan tindakkan Shila yang menggunakan laman sosial untuk meluahkan perasaan kecewanya


Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sifat yang tidak matang, Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun instagram saya dan juga media social lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian

Jujur saya katakan apa yang saya lalui bersama Lana pada ketika ini tidak ada apa-apa agenda yang tersembunyi. Saya juga nak perbetulkan isu yang mengatakan family saya tidak setuju saya berkahwin dengan Lana. Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi family saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main.



Johan juga memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap ibunya kerana mendakwa ibunya tidak merestui hubungan Johan dan Lana tetapi hanyalah mahu mereka berkawan terlebih dahulu disamping mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


No comments:

Post a Comment