Pages

Saturday, December 21, 2013

[TAHNIAH]: Selamat Pengantin Baru Raja Azrey!

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengarah, Raja Azrey telah pun selamat bergelar suami kepada Rozita Rahim dalam majlis pernikahan yang diadakan semalam. 
 
Majlis ini telah berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah tepat jam 5 petang dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. 


 
Pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan bertemakan bangsawan.
 

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.


No comments:

Post a Comment