Kematian seorang pelajar tahfiz di Kota Bharu menjadi satu kes yang amat
mengejutkan rakyat Malaysia dan ianya harus dipandang serius. Siasatan
awal mendapati mangsa membunuh diri dan diklasifikasikan sebagai kes
mati mengejut mendapat tentangan orang awam yang lebih melihat kes itu
sebagai satu kes bunuh yang dirancang dengan baik agar kelihatan seperti
membunuh diri.
Apapun dari bedah siasat jelas menunjukkan yang mangsa sebenarnya telah
dibunuh dan bukannya membunuh diri.
Pelajar berusia 16 tahun dan berada di tingkatan 4 Maahad Tahfiz Kok
Lanas, Kelantan ini bernama Wan Ahmad Faris Bin Wan Abul Rahman. Pelajar
ini dikategorikan pihak Maahad Tahfiz tersebut sebagai seorang pelajar
yang baik dan amat disenangi. Arwah juga pelajar yang telah menghafaz
sehingga 20 juzu' Al-Quran.
Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas mengucapkan
takziah kepada keluarga pelajar mereka yang dijumpai meninggal di Pusat
Tahfiz tersebut. Jenazah Allahyarham selamat disembahayangkan di Masjid
Kg Larak , Mulong , Kota Bharu selepas fardu Asar petang semalam dan
dikebumikan di kampung halaman mangsa.
Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Adik Wan Ahmad Faris Bin Wan
Abdul Rahman tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan
dirahamati Allah SWT. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment