Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak
terkejut mendengar berita bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abdul
Radzak yang bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema
Zainal.
Gosip mengenai
perhubungan Aidil serta Zarema sudah lama diperkatakan sebelum dia
bercerai dan berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar
angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.
Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan
berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita
perkahwinan mereka. Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar
Tambah Rita, dia enggan mencampuri urusan perkahwinan pasangan berkenaan
namun berharap agar Aidil tidak lupa memberikan nafkah kepada dua orang
anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini
berusia kira-kira setahun.
Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan
anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara
anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang bapa
No comments:
Post a Comment