Ini adalah komen anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy yang
berumur 17 tahun dimana emaknya itu berkahwin dengan Zain Saidin. Malah
Ammar juga suka dengan cara ayah tirinya itu ketika memujuk emaknya
ketika merajuk.
Uncle (Zain) memang pandai pujuk mommy (Rozita) guna dialek Kedah.
Kelakar bunyinya apabila 'mat saleh celup' berbahasa begitu. Dia bukan sahaja pandai mengambil hati mommy tetapi juga saya dan
adik (Aniq Ezzra, 15). Uncle selalu bawa kami main bola dan tengok
wayang. Sebelum itu (4 bulan yang lalu), mommy membawa kami bercuti di
Genting Highlands dan memperkenalkan Uncle kepada kami. Tetapi masa itu dia tak cakap apa-apa kerana mommy ini kalau nak
tahu, seorang perahsia. Dah lama selepas itu barulah mommy terangkan
pada kami.
Mula-mula rasa peliklah juga, maklumlah Uncle kan lebih muda dari
mommy. Tetapi melihat kesungguhan Uncle terhadap mommy membuatkan
kami selesa dan pada masa sama mereka tidak mengabaikan saya dan
abang
Betul la kata orang tua-tua. nak pikat mak, kena pikat emaknya dulu. Kalau anak tak suka, pening juga dibuatnya. Mujurla si Zain ini pandai mengambil hati. Mujurla kedua-dua anak Che' ta lelaki, senang nak 'in' orang kata.
No comments:
Post a Comment