Deejay radio popular, Linda Onn, 36, atau nama sebenarnya Rozlinda
Onn dipercayai akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini
dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Bagaimanapun, media tidak berjaya mendapatkan kenyataan Linda setelah telefon bimbitnya gagal dihubungi. Namun, deejay stesen radio
Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di
kampung halamannya di sini secara sederhana dan hanya menjemput sahabat
handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula
akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di sini Johor Bahru
No comments:
Post a Comment