Pages

Saturday, December 21, 2013

[TAHNIAH]: Izzue Islam Selebriti Tempatan Popular 2013 di Google


Pelakon Izzue Islam berada di kedudukan paling atas dalam senarai selebriti Malaysia yang menjadi topik perbincangan menerusi enjin carian Google.

Mengikuti rapat ialah pelakon popular Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose dan Ashraf Muslim.



Antara topik yang membabitkan pelakon Izzue Islam adalah majlis perkahwinannya yang berlangsung pada awal Jun lalu.

Izzue yang juga ahli kumpulan Forteen turut membintangi filem-filem popular antaranya Ular, Hantu Tok Mudim dan banyak lagi.

Di Anugerah Blokbuster 2, Izzue memenangi gelaran Hero Baru Terhebat.

No comments:

Post a Comment