PENYANYI popular, Madonna,
55, adalah antara individu terkenal yang diketahui umum menjalinkan
hubungan cinta dengan jejaka yang berusia jauh lebih muda, Brahim
Zaibat, 25. Terbaru, pasangan ini dikatakan sudah berpisah dan Madonna mengambil
tindakan tersebut setelah Zaibat membuat keputusan menyertai sebuah
rancangan realiti tarian di Perancis.
Menurut laporan portal perezhilton.com, Madonna tidak bersetuju
dengan pilihan kekasihnya itu dan merasakan perkara tersebut adalah
sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.
Sungguhpun demikian, terdapat satu cerita lain berhubung perpisahan
pasangan ini iaitu Madonna merasakan dirinya hanya dipergunakan oleh
lelaki tersebut. Penyanyi popular itu sedar Zaibat hanya bersamanya
untuk mendapatkan sebahagian kemewahan yang dimiliki. Selain itu, jarak
jauh percintaan mereka membuatkan perpisahan berlaku
Pasangan itu dikhabarkan mula menjalin hubungan sejak 2010 lagi
apabila Zaibat terlibat sebagai salah seorang penari latar untuk siri
konsert jelajah Madonna. Sejak itu, pasangan ini dikhabarkan bercinta walaupun jarak usia antara mereka berbeza 30 tahun.
No comments:
Post a Comment