Selepas memuatnaik video cinta, berkongsi gambar
manja bersama kekasih penulis rasa ini mungkin cara baru pula agaknya
bagi remaja perempuan menunjukkan rasa cinta membabi buta mereka kepada
kekasih. Beberapa gambar remaja perempuan menoreh atau mencacah tangan sendiri
sehingga berdarah kononnya mengukir nama kekasih hati mereka di atas
kulit.
Penulis faham mereka ini tidak berduit henda mencacah Tattoo yang cantik
yang berharga mahal sebaliknya hanya mampu berbuat begitu sehingga
membahayakan diri mereka sendiri.
Tidak cukupkah kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri yang patut
menjaga anak dengan baik sehingga nama budak lelaki entah mana entah
yang dicacahkan ke tangan mereka.
Ada satu gambar sehingga sanggup mengelar tangan sendiri sehingga berlumuran darah tu apa cerita pula tu.
Remaja sekarang begitu menghargai cinta sehingga kekasih jadi sanjungan hebat sehingga melampau-lampau sampai sanggup menyakiti diri sendiri.
No comments:
Post a Comment