Pages

Thursday, December 19, 2013

Lana Nordin Sudah Mula Bertudung Labuh?

Wah, mendadak nampaknya perubahan pelakon seksi ini. Sejak bercinta dengan Johan As’ari ini, nampaknya Lana Nordin semakin rancak menunjukkan tanda-tanda untuk mula berhijab.


Paling menarik, baru-baru ini telah dipaparkan gambar beliau bersama artis-artis lain yang masing-masingnya kelihatan manis berhijab untuk latihan teater ‘Bahayanya Wanita’.



Tiga keping gambar yang dikongsikan Lana di laman Instagram miliknya empat hari lepas telah menarik perhatian. Nampak Lana begitu anggun, menawan dan sangat berbeza rupanya berbanding ketika berpakaian seksi. Ada cahaya ‘nur’, orang kata.

Ada juga gambarnya bersama kekasih hati, Johan As’ari di sisi yang mengenakan serban di kepala dan pakaian jubah putih.

Apa pun, kami doakan semoga terbuka hati untuk Lana dan kesemua artis-artis jelita didalam gambar ini untuk terus bertudung. Pasti manis~



No comments:

Post a Comment