Pages

Sunday, December 15, 2013

[PANAS]: Rogol Kambing, Lelaki Dipejara 10 Tahun

Seorang lelaki Kenya dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas melakukan hubungan seks dengan seekor kambing betina. Uniknya, kambing mangsa perkosaan itu dihadirkan di ruangan perbicaraan.


 Si kambing kelihatan tenang di sudut ruang sidang di mahkamah bandar Malindi, Kenya, saat Katana Kitsao Gona (28) mendengar putusan hakim atas perbuatan "dil luar tabii" itu.
Menurut pendakwaraya, Jimmy Kimaru, Gona ditangkap basah sedang berhubungan badan dengan si kambing di Dabaso pada 25 November lalu.
Saat itu, kambing tersebut sedang diikat di kawasan padang rumput dan semak-semak oleh Sarah kendenge.
Saat seorang pejalan kaki sedang mencari naungan pokok pada siang hari yang panas, betapa terkejutnya dia ketika melihat Gona sedang melakukan hubungan seksual dengan kambing itu.
Pejalan kaki itu kemudian melaporkan apa yang dilihatnya itu ke pejabat polis yang kemudian datang ke tempat kejadian dan membawa Gona ke pejabat polis Watamu.
Selepas Munga Gambo, seorang doktor haiwan dari Malindi memeriksa keadaan si kambing, disimpulkan kambing itu menjadi mangsa gangguan seksual.
Di mahkamah, Gona mengaku bersalah, tetapi meminta keringanan hukuman kerana isterinya cacat dan sangat bergantung pada dirinya.
Namun, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana Gona terbukti "menodai" kambing betina itu.


No comments:

Post a Comment