KOTA
BHARU - Angkara gagal kawal nafsu dan bertindak merogol sahabat adik
sendiri, seorang buruh dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh
mahkamah sesyen di sini, semalam.
Hukuman
diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Khairul Anuar
Sulaiman, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa berusia
13 tahun empat bulan di hutan dusun Kampung Kubang Laka, Melor, pada jam
4.30 petang, 7 Oktober 2010.
Pada
jam 2 petang sebelum itu, mangsa ke rumah seorang kawan untuk
menyiapkan kerja sekolah dan ketika itu, abang rakannya itu, iaitu
tertuduh ada di rumah.
Apabila
mahu pulang pada jam 4.30 petang, tertuduh tiada tetapi mangsa
terserempak pula dengan lelaki terbabit di kawasan hutan bersemak.
Lelaki
itu tiba-tiba menahan dan menariknya masuk ke hutan serta mengugut
dengan berkata ‘nak hidup atau mati’ sebelum mangsa menjawab ‘nak mati’,
menyebabkan lehernya dicekik tertuduh.
Mangsa
diheret jauh ke dalam hutan sebelum tiba di sebuah dusun dan dirogol.
Dia sempat mengadu belakangnya gatal sebelum diheret pula ke sebuah
pokok dan dirogol lagi.
Pada
prosiding itu, peguam bela, Ahmad Subairi Salleh memohon hukuman ringan
dikenakan kerana tertuduh telah menukar pengakuannya walaupun kes dalam
perbicaraan.
“Tertuduh
datang daripada keluarga miskin dan memikul tanggungjawab ketua
keluarga untuk menyara ibu serta dua adiknya yang masih bersekolah
selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2008.
“Umurnya
yang muda juga memberi peluang kepadanya membaiki kesilapan lalu dan
meneruskan hidup yang lebih baik pada masa depan,” katanya.
Rayuan
itu bagaimanapun dibantah, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari
dan menyifatkan hujahan itu hanya mengutamakan diri tertuduh dan tidak
langsung mengambil kira kepentingan awam terutamanya mangsa.
“Sebagai
abang kepada kawan adiknya, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa
tetapi malangnya dia dirogol. Kejadian ini membabitkan maruah gadis
sunti, lebih-lebih lagi usianya masih muda.
“Tertuduh
mungkin boleh memperbaiki masa depannya, namun bagaimana pula mangsa
dengan perjalanan hidup yang masih panjang dan perlu diharungi dalam
keadaan begitu,” katanya.
No comments:
Post a Comment