Pages

Saturday, December 21, 2013

[TAHNIAH]: Uqasha & Pekin Umum Tarikh Kahwin?

Setelah hubungan dengan buah hatinya, Uqasha Senrose, 21, kembali pulih, pelakon Pekin Ibrahim, 32 nampaknya tidak mahu menunggu lama lagi untuk menyunting aktres itu sebagai isterinya yang sah. Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose kahwin Beritahu Pekin kepada pihak media, tarikh pernikahannya sudah ditetapkan. Bagaimanapun pihak keluarganya tidak membenarkan dia mendedahkan pada umum.


InsyaAllah kami akan kahwin tahun depan. Tarikhnya dah ada tapi famili tak bagi dedahkan

Pekin dan Uqasha mula menjalinkan cinta sekitar awal tahun ini. Kemudian pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu. Bagaimanapun pada Oktober lalu pasangan kekasih mencetuskan kontroversi. Menerusi laporan sebuah akhbar menyebut, Pekin mendakwa tunangya itu mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan ikatan pertunangan mereka hampir berakhir. Namun selepas hampir dua minggu bergaduh besar gara-gara hal itu, Pekin dan Uqasha kembali berbaik semula. Tahniah buat Pekin dan Uqasha. Semoga tiada lagi gosip membabitkan pasangan ini nanti!



No comments:

Post a Comment