PELAKON Dira Abu Zahar sebelum
ini disahkah hamil mengandung oleh doktor berusia enam minggu. Namun
hasrat Dira dan suaminya yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah
fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusuf sejak dua tahun lalu sedikit tergendala apabila Dira mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu. - See more at: http://sensasimalaysia.com/punca-pelakon-dira-abu-zahar-keguguran/#sthash.604vh10R.dpuf
Dira Abu Zahar sebelum ini disahkah hamil mengandung oleh
doktor berusia enam minggu. Namun hasrat Dira dan suaminya
yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi
Mohd. Yusuf sejak dua tahun lalu sedikit tergendala apabila
Dira mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu.
Pelakon itu hanya menyedari perkara tersebut selepas terdapat ketulan darah yang keluar
Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama
bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat
datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan
beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku. Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang
keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik.
Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya
Bercakap tentang punca Dira keguguran, bekas isteri penyanyi Tengku
Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid itu memberitahu kurang pasti namun
tidak menolak terlalu aktif bekerja sebagai antara penyebab utama.
Saya sendiri kurang pasti tentang keguguran ini, tetapi rasanya ia
mungkin berpunca daripada diri saya yang terlalu aktif bekerja.
Selepas apa yang berlaku, saya akan cuba elakkan diri untuk aktif
dan akan segera membuat pemeriksaan sekiranya lambat datang bulan.
Kami doakan Dira dan suami tabah menerima dugaan ini. In sha Allah ada
rezeki untuk mendapatakan cahaya mata nanti!
No comments:
Post a Comment