Wanita yang dikaitkan dengan skandal bersama pelakon Adi Putra,
Nooraida Abd. Mutalib telah diceraikan secara lisan oleh suaminya,
Amiruddin Othman sejak dua hari lalu. Amiruddin menceraikan isterinya
dengan talak satu pada 19 Disember, jam 4 pagi di kediamannya di Johor
Bahru.
"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi
kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran.
"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia
semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.
"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa
teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya di sidang
media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara,
Putrajaya, pagi tadi.
No comments:
Post a Comment