Pages

Thursday, December 19, 2013

[PANAS]: Nooraida Mengaku WhatsApp Adi Putra Terlebih Dahulu

Umum sedia maklum tentang perjalanan kes skandal melibatkan pelakon Adi Putra dan seorang wanita berstatus isteri orang ini. Biarpun kes telah digugurkan suami kepada Puan Nooraida ini telah membuat keputusan untuk membuka semula kes dan masih mahu mencari kebenaran. Ditanya kepada Puan Nooraida tentang isu ini, dia sendiri mengakui bahawa dirinya yang terlebih dahulu mengirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada Adi Putra dan teruja kerana mesej itu balas pelakon lelaki tersebut.



Saya mengirimkan mesej menerusi WhatsApp kepadanya (lelaki yang dipercayai Adi) terlebih dahulu. Ketika itu, dia akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Saya mengirimkan ucapan selamat kepadanya dan mendoakan agar doanya dimakbulkan di sana. “Selepas itu, kami sering berbalas-balas mesej.

Dia romantis, pandai pujuk saya, saya pun ada kirimkan gambar berbentuk 'selfieâ' tapi gambar tersebut tidak keterlaluan. Apa yang membuatkan saya betul-betul terkejut apabila dia mengirimkan gambar-gambar lucah yang dipercayai adalah dirinya.


Dalam pada itu, suami Nooraida, Amiruddin Othman menjelaskan yang dia sudah memberikan peluang kepada orang yang dipercayai sebagai Adi Putra sebelum ini untuk menjelaskan keadaan. 

Selepas saya dapat tahu Nooraida berhubung dengan dia, saya hubunginya untuk bersemuka secara baik. Saya bagi tempoh dua minggu kepada dirinya tetapi dia enggan. Lalu saya membuat laporan polis.


No comments:

Post a Comment