Pages

Wednesday, December 18, 2013

[GOSIP]: Cara Fida Bertudung Dapat Kecaman

Rafidah Ibrahim dikatakan dikecam oleh sesetengah pihak yang memakai tudung kerana penampilan Rafidah yang dikatakan bertudung juga tidak mengikut atau kesesuaian terhadap pemakaian tudung itu sendiri. Tidak tahu kecamanan dan kesesuaian yang seperti apa mereka maksudkan mungkin kerana tudung yang tidak melabuhkan bahagian dada atau sering kali memakai pakaian ketat 



Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya. Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya. Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya

Begitulah adat kalau sudah menjadi selebriti. Apa yang kita pakai pasti akan sentiasa dipandang dan dinilai orang sekeliling. Mungkin pada kita sudah nampak elok, namun pada pandangan mata orang ramai, lain pula ceritanya. Kalau setakat admin yang tidak berapa popular ni, setakat memakai tudung warna lain, baju warna lain, memang tidak ada sesiapa yang perasan pun. 

No comments:

Post a Comment