Status rumah tangga pasangan selebriti Hollywood, Khloe Kardashian dan suaminya Lamar Odom akhirnya terjawab apabila bintang realiti ini memfailkan peceraian selepas empat tahun hidup bersama. 
 
Dalam permohonan cerai yang dibuat pada 13 Disember lalu, perbezaan yang tidak dapat diselesaikan menjadi sebab perpisahan tersebut. Malah dia tidak akan meminta bantuan kewangan dan turut menghalang Lamar memfailkan perkara yang sama daripadanya.
 
Selain itu, Khloe juga membuat permohonan untuk membuang nama Odom daripada namanya. 
 
Pasangan ini telah berkahwin pada 27 September 2009 selepas berkenalan selama sebulan.