Pages

Tuesday, December 31, 2013

[GOSIP]: ‘Six-Pack’ Britney Spears Hanyalah Teknik Mekap?

BILA sudah mempunyai anak, agak sukar untuk seseorang wanita mengembalikan tubuhnya kepada bentuk asalnya tanpa diet dan latihan yang berdisiplin. Penyanyi terkenal, Britney Spears antara yang tidak terkecuali mengalami masalah ini.


Terbaru, sewaktu latihannya sebelum menghadapi konsert di Las Vegas yang bermula minggu ini, beberapa pihak mempersoalkan ‘six-pack’ pada bahagian abdomennya.


Mereka mengatakan bahawa ia bukanlah otot sebenar, sebaliknya hanya menggunakan teknik mekap bagi menjadikan tubuh Britney tampak cantik di atas pentas. Ketika itu, dia dilihat memakai sut yang hampir sama dalam video klip lagu ‘Toxic’ beberapa tahun lalu.


Tak kisahlah kerana bagi kami Britney tetap cantik dan hebat ketika beraksi di pentas. Lagipun, usianya pun bukan remaja lagi…


[PANAS]: Suami Cemburu Cungkil Mata Isteri

Guangxi (China) : Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain. Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.

Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis.

Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya. Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.


Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.


Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.



[PANAS]: Akhirnya Black Dan Isteri Dedah Penipu Perkahwinannya

Sebelum penyanyi Black Hanifah selamat menjadi suami kepada wanita bernama Naquia Yasirah atau Chira, penyanyi ini mengalami kontroversi penipuan yang melibatkan wangnya RM30,000 lesap. Malah, selepas selamat berkahwin, isterinya pula dituduh sebagai seorang janda. Bagaimanapun, Black dan isteri tetap tabah menghadapi dugaan tersebut dan semakin bahagia bergelar suami.


Sungguhpun diasak setengah pihak untuk mendedahkan identiti penipu tersebut, Black lebih banyak mengambil sikap untuk mendiamkan diri dari menyebarkan nama individu yang menipunya itu. Namun, Black tetap memberi bayangan tentang penipu berkenaan.


Pun begitu, semakin Black mendiamkan diri, penipu tersebut semakin berani dan terus meluaskan empayer penipuan terhadap pasangan pengantin yang lain. Oleh kerana itu, pada hujung minggu lalu, Black dan isterinya telah mendedahkan individu yang menipunya itu di laman Instagram milik masing-masing.


Menerusi pendedahan tersebut, mangsa penipu itu difahamkan adalah mangsa si penipu yang ke 100. Manakala penipu itu adalah pemilik nama Moment Cinta. Tujuan Black mendedahkan nama penipu tersebut bukanlah ingin membalas dendam sebaliknya dia tidak mahu penipu itu terus menipu pasangan lain yang ingin membina mahligai bahagia.

Jika benar Moment Cinta menipu, kenapa dia masih lagi terus aktif menipu pasangan pengantin yang lain? Tidakkah pihak tertentu sepatutnya mengambil tindakan? Black juga telah pun membuat laporan polis.

Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!

Raut wajah pelakon jelita, Lisa Surihani kelihatan semakin berisi. Disebabkan itu, ramai beranggapan isteri kepada Yusry Abd Halim ini sudah pun berbadan dua. Bagaimanapun, sewaktu sesi Artis Chatz tempoh hari, pasangan ini telah menafikan perkara berkenaan.


Sebaliknya, Lisa yang hadir bersama Yusry telah mendedahkan punca dia kelihatan semakin tembam pada bahagian pipi.



Saya masih belum mengandung lagi. Saya nampak berisi sikit sebab abang Yusry. Kami selalu bergurau dan setiap kali bergurau, abang Yusry selalu cubit pipi saya. Mungkin sebab itu jugalah pipi saya nampak naik dan nampak tembam. Lagipun, saya ni suka makan. Saya juga suka makan makanan yang pedas-pedas. Kadangkala, saya berulamkan cili padi

Memang romantik sungguh pasangan ini. Pada pendapat admin, ada anak atau tidak, itu tidak penting. Yang utama sekarang Lisa dan Yusry bahagia. Tak guna juga kalau ada anak tapi hidup tak bahagia. Tak begitu?


[PANAS]: Gambar ‘Lurah’ Di Instagram Elfira Loy Jadi Isu

Gambar ‘Lurah’ Di Instagram Elfira Loy Jadi Isu - Tak keterlaluan kalau dikatakan, Elfira Loy antara pelakon remaja yang boleh dipuji kerana pandai membawa diri.

Meskipun tidak mempertaruhkan cerita sensasi atau pakaian seksi, dia naik bersama bakat lakonannya.


Bagaimanapun ketika memuatnaik sekeping gambar di laman Instagram, berlaku sedikit isu tentang pakaian tetapi tidak melibatkan Elfira sebaliknya pengacara bersama sebuah rancangan TV yang berdiri di sebelahnya.



Dalam hal ini kami puji sikap Elfira yang terus menurunkan gambar tersebut dari laman Instagram.

Walaupun bukan dia yang kena kutuk, nampaknya Elfira bijak kerana tak mahu ada sebarang isu yang boleh terpalit padanya.


Monday, December 30, 2013

Bahana Banyak Sangat Terima Penajaan – Syarat Ketat Perkahwinan Zain Dan Che Ta

DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka. Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita Harian.


Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro. Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari pihak penganjur selepas majlis.

Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti. Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.


Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap apa. Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara mudah dan percuma di dunia ini. 


Wow..!! Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin




Wah memang kagum betul dengan perubahan imej pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini ni! Daripada berbadan sedikit gempal kini tubuhnya dilihat sudah semakin langsing.

Dan yang paling menariknya, gayanya dulu yang seakan-akan feminin pun sudah bertukar maskulin dan macho sekarang. Rizman menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia tidak memgambil sebarang pil pelansingan sebaliknya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa bersenam untuk mendapatkan tubuh badannya yang dimilikinya sekarang.


Di bawah penulis kongsikan gambar-gambar zaman ‘comel’ Rizman dan zaman ‘macho’nya kini. Memang 100 peratus transform!






[Kejam!]: Suami Potong Hidung Dan Bibir Isteri

AFGHANISTAN : Hanya kerana enggan menjual barang kemas untuk membolehkan si suami membeli dadah, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat apabila suaminya itu memotong hidung serta bibirnya.

Selain itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Setara dan mempunyai empat orang anak itu, turut dipukul oleh suaminya yang juga penagih dadah di kediaman mereka di Herat.


Lelaki itu didakwa memukul kepala isterinya dengan batu sebelum mengambil pisau dan memotong hidung serta bibir wanita tersebut. Susulan serangan ganas itu, Setara telah dibawa ke hospital dan kini sedang menunggu untuk melanjutkan rawatan di Turki.

Manakala suaminya pula telah ditahan polis. Dalam pada itu, ibu Satara iaitu Nasima meminta polis supaya menghukum menantunya itu dengan segera.

“Perkara pertama polis perlu lakukan ialah menyebatnya kemudian merejamnya dengan batu hingga mati. Ia sebagai pengajaran kepada lelaki kejam seperti itu,’’ katanya.

Keganasan terhadap kaum wanita bukan perkara baru di Afghanistan malah dianggarkan 28 peratus kes direkodkan di negara berkenaan sepanjang tahun lepas. Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha telah dipotong telinga dan hidung oleh suaminya sebagai hukuman kerana dia cuba melarikan diri daripada perkahwinan mereka.

Bibi telah diheret ke kawasan pergunungan sebelum suaminya melakukan perbuatan kejam itu. Namun Bibi berjaya merangkak ke rumah datuknya sebelum dia dihantar ke hospital tentera Amerika Syarikat di kawasan berkenaan untuk rawatan. Bibi kini menggunakan hidung prosthetic dan menetap di Amerika bersama sebuah keluarga. – 


[PANAS]: Gara-Gara Video Yang Dimuat Naik Fasha Sandha, Nora Danish Dikecam Peminat?

Sekitar minggu lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai.



Bagaimanapun, video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir terjatuh.

Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim.

Banyak yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fasha memuat naik video berkenaan.


Bercakap kepada akhbar Kosmo! Fasha berkata, beliau tidak kisah dengan komen-komen tersebut memandangkan kebanyakan komen ditujukan kepada Nora. Namun Fasha turut memberitahu dia telah pun memadamkan video tersebut.

Komen-komen tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebaliknya menyakitkan hati pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram saya. Sebab saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia. 

Maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubu- ngan kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan, sebaliknya pengurus saya


[GOSIP]: Hairul Azreen Luah Rindu Pada Hanis Zalikha?

Para peminat pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha pasti menyedari hubungan rapatnya dengan pelakon dan juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul Azreen. Meskipun tidak mahu mengakui mereka bercinta, keintiman Hanis dan Hairul tidak dapat disembunyikan daripada umum.


Malah semalam, Hairul dilihat meninggalkan pesanan ringkas tapi bermakna dalam salah satu gambar di laman Instagram Hanis.



‘Rin’ itu sahaja perkataan yang ditulis Hairul namun peminat yang menyedarinya segera menyambung perkataan yang tercicir. Tapi, sama ada betul atau tidak ‘rindu’ adalah perkataan yang ingin diungkapkan Hairul cuma tuan empunya badan tahu.


Tak apalah Hairul, kalau berkawan pun tak ada salahnya merindu. Bak kata orang, kalau rindu katakan 

Sunday, December 29, 2013

Risteena Munim, Heroin Playboy Itu Suami Aku Kecewa Dilebal ‘Pelakon Kayu’?

USIANYA dalam bidang seni boleh dikira masih lagi setahun jagung tetapi tidak bermakna pelakon Nur Risteena Munim Zainul Ilyas dapat mengelak daripada terpalit dengan kontroversi yang membabitkan dirinya. Namanya mula menjadi sebutan kerana lakonannya dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku





Risteena mendapat kritikan ramai apabila ada segelintir yang melabelkannya sebagai seorang pelakon ‘kayu‘ ketika melihat kemunculannya dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku. Bergandingan dengan seorang lagi muka baharu, Fattah Amin dalam drama berkenaan, pelakon itu mengakui tidak kisah apabila dilabel sedemikian oleh peminat menerusi laman sosial.

Mula-mula membaca komen sedemikian menerusi laman sosial Twitter, saya rasa sangat kecewa memandangkan ketika itu penggambaran masih lagi berjalan. Ada kalanya sewaktu penggambaran sedang dilakukan, saya langsung tidak bersemangat.

Kemudian pengarah banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk memperbaiki lagi mutu lakonan kami.

Selain itu, kami akan berhenti berehat ketika drama ini sedang ditayangkan di televisyen dan menerusi cara tersebut saya dapat melihat setiap kelemahan yang ada

Mengakui tidak berpuas hati dengan lakonannya dalam drama bersiri berkenaan pada episod awal, kini dia dan Fattah yang turut mendapat kritikan berhasil memperbaiki lakonan masing-masing.

Pada mulanya, kami memang agak sukar untuk mencari keserasian bersama kerana kali pertama bergandingan serta masing-masing pemalu dan buat hal sendiri, namun pengarah meminta kami lebih mesra di lokasi supaya mudah ketika berlakon 

Dalam pada itu, Risteena menyatakan selain Playboy Itu Suami Aku yang masih ditayangkan di kaca televisyen, terdapat sebuah lagi drama bersiri lakonannya iaitu Menjinak Ombak arahan Along Kamaruddin sedang ditayangkan sejak 6 Disember lalu di slot Zehra setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam.

[GOSIP]: Saya Tahu Keluarga Kecil Hati – Nabila Huda

Lebih kurang sebulan yang lepas, penyanyi rock negara, Amy Search pernah mengejutkan para peminat dengan berita dirinya yang diisytiharkan muflis.

Namun tanpa disangka, Nabila Huda sebenarnya langsung tidak tahu mengenai berita itu sehinggalah ditanya oleh seorang wartawan di sebuah majlis di Damansara tempoh hari.
Dalam nada terkejut, Nabila yang lebih mesra disapa Abil menyatakan tidak diberitahu oleh sesiapa mengenai perkara itu. Malah dirinya juga sudah terlalu lama tidak membaca berita di laman-laman portal kerana sibuk menjalani penggambaran.


Saya tak tahu pasal papa muflis. Ini baru saya tahu. Papa pun tak pernah cerita, mungkin dia tak nak saya risau.
Menurut Abil lagi, kesibukan bekerja sedikit sebanyak menyebabkannya tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan lebih kerap.
Saya tahu papa dan yang lain kecil hati sebab saya jarang ada bila diperlukan. Bila mereka ajak makan bersama, saya pula terikat dengan jadual penggambaran.
Mungkin Nabila Huda perlu lebih meluangkan masa bersama papa nya. Kalau sampai muflis pun, Nabila tidak tahu, mungkin dengan cara menolong ayahnya adalah penyelesaian terbaik bagi merapatkan hubungan mereka semula

[GEMPAR]: Bangga Tayang Gambar Air Mani Di Media Sosial

Hai, tak tahulah macam mana nak cakap dengan budak-budak sekarang. Semakin ‘advanced’ dalam segala hal.

Terbaru, seorang pelajar perempuan dengan bangganya berkongsi gambar air maninya sehingga menjadi viral di laman sosial. Gadis itu menulis, “Basah, papa buat. Hee”.


Sepatutnya, gadis di kala usianya hanya perlu sibuk bergelumang dengan pembelajaran, ini dah terlebih ‘maju’ ke hadapan dalam hal-hal yang tidak senonoh. Bila terjadi perkara sebegini, siapa yang harus dipersalahkan, sama ada ibu bapa atau pun pelajar itu sendiri yang tidak tahu menilai mana satu perkara yang baik atau pun tidak?


Tepuk dada, tanyalah diri sendiri..


[GEMPAR]: Cico Harahap – ‘Saya Tengah Kutip Tin’

SEKITAR bulan Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di Pulau Perhentian.

Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.


Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.


Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu. Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar tersebut — kutip tin. Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah



Amy Search Kagum Lihat Anggota Kumpulan Bunkface Solat

PENYANYI rock terkenal tanah air, Amy Search melahirkan kekagumannya terhadap anggota kumpulan muzik, Bunkface yang tidak meninggalkan solat mereka. Menurut penyanyi itu, band berkenaan patut dipuji kerana mengutamakan ibadah walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.


"Aku ‘salute’ budak-budak Bunkface, walaupun waktu berkerja solat tak dilupakan , muda-muda sudah tunaikan umrah – Kami berkarya kerana bakat anugerah Allah SWT – Dont Judge the book by its cover,” kata Amy dalam laman FBnya.

Kami juga bangga dengan Bunkface, sekaligus menepis persepsi negatif ramai pihak terhadap kumpulan pemuzik muda seperti mereka. Sesungguhnya solat itu WAJIB dan boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.

Semoga perjalanan seni Bunface akan terus cemerlang sekaligus meletakkan nama kumpulan mereka sebaris dengan nama besar band di tanah air kita, InsyaAllah.

Alhamdulillah... Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam

 PETALING JAYA : Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga. Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.



Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.

Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.


Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas


Saturday, December 28, 2013

[GEMPAR]: Penuntut Kolej Dapat Bahana Kerana Ghairah Beraksi Lucah

KOTA BHARU : Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.


Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.

“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.


Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan. – 


“Ya Allah..Kau Campakkan Segera Mayat Suamiku Ke Darat, Aku Reda.."- Doa Isteri Mangsa Lemas

DUNGUN : “Ya Allah..Kau campakkan segera mayat suamiku ke darat, aku reda,” itu doa Amizah Mohd Zain, 25, selepas usaha pasukan mencari dan menyelamat buntu untuk mengesan suaminya Ghafar Manaf, 32, yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Tengah, di sini.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan dipukul ombak sebelum ditarik ke laut dan gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih menemui jalan buntu berikutan keadaan laut dan ombak yang besar.

Amizah berkata, dia menyedari keadaan ombak besar dan laut bergelora itu menyukarkan usaha mencari suaminya itu, namun dia berharap ada satu keajaiban berlaku.
“Saya berharap agar mayat suami dicampakkan ombak ke darat secepat mungkin. Selagi suami tidak dijumpai, selagi itu hati saya tidak tenang dan tidak dapat tidur,” katanya yang setia menanti kemunculan suaminya di pantai itu.
Menurut Amizah, dia sukar melupakan tragedi ombak besar yang menghempas suaminya di depan matanya sendiri sehingga dia sendiri tidak dapat membantu menyelamatkan mangsa kerana ombak begitu cepat menarik suaminya ke tengah laut.
“Saya tidak sangka niat kami untuk berkelah dan mandi di sini bertukar tragedi. Sebelum kejadian itu, suami bersungguh-sungguh mahu mandi di sini dan sekiranya saya tahu akan berlaku kejadian buruk ini, sudah tentu saya melarangnya.
“Namun, segalanya sudah berlaku dan saya hanya mampu reda dengan suratan Ilahi selain berdoa agar dia ditemui.
“Cuma, saya terkilan hajat suami untuk melihat anak sulung kami tidak kesampaian. Sebelum ini, suami tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama kami selepas empat bulan kami mendirikan tangga,”katanya yang kini sedang hamil dua bulan.
Amizah berkata, dia mengajak suaminya pulang ke kampung di Kampung Alur Tembesu, di sini, pada Isnin lalu, selepas menerima berita ayahnya sakit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, keadaan laut yang bergelora menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat mengambil langkah dengan kaedah pemantauan di sepanjang pantai.
Katanya, keadaan ombak besar dengan laut bergelora itu turut berbahaya untuk penggunaan bot termasuk aktiviti selaman bagi mengesan mangsa.
“Keadaan ombak setinggi dua meter menyebabkan usaha mengesan mangsa dengan menggunakan bot amat berbahaya kepada pasukan menyelamat,” katanya.

[GEMPAR]: Pengacara & Pelakon Neelofa, Ditangkap Khalwat?

Terkejut sungguh admin apabila mendapat tahu apabila pelakon dan pengacara Neelofa yang didakwa ditangkap khalwat malam kelmarin? Pelik pula cerita macam ni timbul, tuduhan sama pernah dilemparkan kepada Tasha Shilla beberapa bulan lalu.


Memetik laporan dari Kosmo, Pengurus pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor, Mohd. Amer Shafiq Khalip menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.


Dengan siapa dan dimana Neelofa kena tangkap masih belum diketahui. 

[TAKZIAH]: Bayi Maut Terjatuh Tingkat Empat


KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh dari tingkat empat blok perumahan polis Bukit Pelindung di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bayi malang terbabit, Muhammad Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.



Di tingkat empat blok perumahan polis Bukit Pelindung inilah bayi berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh, petang 24 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan  bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurutnya, bapa mangsa dikatakan mendukung bayinya sambil membimbit bungkusan sampah untuk dibuang.

“Mangsa difahamkan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters itu,” katanya.



Friday, December 27, 2013

Johan As’ari & Lana Nordin Bakal Tunai Umrah Bersama?

Di tanya sejauh mana hubungan Lana dan Johan, mudah dan ringkas jawapan Lana. Mereka masih terlalu baru. Lana tidak memilih untuk bertemu jodoh dengan sesiapa asalkan lelaki tersebut beriman dan dapat membimbing dirinya menjadi muslimah yang lebih baik.


Lana dan Lisdawati merupakan kawan baik. Disaat Lisdawati ingin menunaikan umrah, Lana mohon didoakan agar bertemu dengan lelaki dan Jodoh yang baik. Dan dia bersyukur apabila diketemukan dengan Johan.


Malah Mac tahun hadapan Lana dan Lisdawati merancang untuk bersama sama menunaikan ibadah umrah, dan sekali ditemani Johan As’ari. Tambah Lana, sepanjang dia berkawan dengan Johan dia menerima banyak komen positif, bukan sahaja dari para peminatnya malah dari peminat Johan sendiri.



Penjelasan Hanez Suraya Tiru Gaya Fazura – Hanez Jadi Diri Sendiri?

Pelakon Hanez Suraya sedikit terkejut kerana baru-baru ini ada gosip tentang seorang artis baharu meniru gaya fesyen seorang artis senior termasuk warna rambut, hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bagaimanapun, dakwaan pelakon Hanez Suraya meniru fesyen selebriti lain, agak samar. Ini kerana kita boleh lihat ramai lagi orang lain yang berfesyen sedemikian – kemas, elegan dan ada kelas tersendiri.



Ketika ditanya soalan adakah Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abd. Aziz meniru fesyen selebriti lain, jawab wanita berusia 28 tahun ini dia terkejut dengan kenyataan seumpama itu.



Saya tidak tahu mengenai perkara ini serta tidak tahu ia ditujukan kepada siapa. Setakat ini saya rasa tidak meniru sesiapa pun. Saya memang menjadi diri saya sendiri. Untuk pengetahuan, saya seorang yang ringkas dalam berpakaian. Saya akan bergaya jika ingin menghadiri sebarang majlis atau acara. 

Mungkin orang yang berkata begitu (meniru fesyen) tidak mengenali saya sebetulnya. Mungkin juga selebriti tersebut ada mengatakan dakwaan tersebut kepada orang lain, dan orang ramai membuat spekulasi bahawa artis itu ialah saya

Tambahnya, spekulasi sebegini mampu membuat sesama manusia bergaduh atau lebih khusus sesama artis, walhal hakikatnya tiada masalah yang timbul antara mereka

Fizo Omar Tumbang 10 Ekor Lembu


PELAKON Fizo Omar tumbang 10 ekor lembu sempena majlis resepsinya di Kelantan pada Sabtu ini.

Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan di kampung halaman isterinya, Mawar Abdul Karim, di Pulau Pinang.


Memang penat tetapi berbaloi untuk melihat seluruh ahli keluarga kami berkumpul. Saya juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang

Untuk resepsi di ibu negara, Fizo dan Mawar bersetuju untuk mengadakannya pada 25 Januari depan di sebuah hotel terkenal.

Dalam pada itu, Fizo yang baharu pulang berbulan madu bersama isteri di Eropah memberitahu yang isterinya belum lagi ada tanda-tanda hamil.


Anak Izreen Azminda Dimasukkan Ke Hospital?

Izreen Azminda  sering tayangkan dengan foto-foto comel anak kepada para peminat. Boleh dikatakan setiap hari Izreen akan berkongsi keletah comel bayi yang diberi nama Muhammad Adrian Umar melalui laman Instagramnya.


Namun petang semalam, senyuman manja Adrian Umar tidak kelihatan sewaktu Izreen memuat naik foto anaknya itu yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan. Melalui gambar yang dikongsikan, Adrian Umar dipercayai mengalami sesak nafas dan kini sedang dirawat di sebuah hospital.


Diharapkan agar si kecil itu segera sembuh dan semoga tiada perkara serius yang berlaku kepadanya di masa akan datang.








Lisa Surihani Luah Gugup Berlakon Bersama Suami?

Pelakon popular Lisa Surihani memberitahu yang dia berasa gugup apabila berlakon bersama suaminya, Yusry Abdul Halim dalam filem terbarunya “Ular“.


Menurut Lisa, penggambaran filem “Ular” ini dibuat sebulan sebelum hari mereka disatukan sebagai suami isteri dan perasaannya sukar untuk digambarkan berlakon disamping insan tersayang dan adakalanya dia juga mengigil dan malu ketika bertentangan mata.

Pertama kali kami digandingkan saya punya perasaan malu terhadap Yusry yang sukar dibendung dan terus terang saya katakan saya mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry 




Tambah Lisa lagi gandingannya bersama Yusry juga mengeratkan lagi hubungan cinta dan kasih sayang mereka. Macam romantik gitu.

Gandingan bersama dalam filem “Ular” ini adalah sebagai tempat untuk kami lebih mengenali hati budi masing-masing dan secara tak langsung hubungan kami lebih rapat dan sedikit sebanyak saya tahu bagaimana perangai Yusry yang tegas dan pendiam ketika di lokasi



Yusri pula memberitahu  beliau seronok berlakon filem “Ular” kerana ia sebuah filem aksi yang lain dari yang lain kerana ianya adalah filem aksi ‘creature feature’ yang pertama kali dihasilkan dalam industri perfileman tempatan.

Saya seronok berlakon filem ini kerana ia memberi suatu kelainan apabila menggambarkan bagaimana sifat semula jadi manusia ketika berdepan dengan situasi yang cukup mencabar ketika berdepan dengan ular yang dikenali sebagai binatang yang berbisa dan ganas 








[PANAS]: Kami Tak Halang Johan & Lana Bercinta – Kakak Johan As’ari

Memang pelik bin ajaib. Sebelum ini difahamkan, perpisahannya Johan dengan Lana Nordin adalah kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun yang menjadi persoalannya adalah hari ini menerusi Berita Harian, kakak Johan iaitu Farah Alya As’ari memaklumkan yang keluarga mereka tidak menghalang percintaan adiknya dan Lana. Sebaliknya mereka menasihati Johan agar mengenali hati budi Lana terlebih dahulu sebelum berkahwin.



Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.

Buat masa sekarang, memang pening juga dibuatnya apabila keluarga Johan As'ari sendiri tampil buat pengakuan bahawa mereka tiada halangan. Namun, apa yang dikatakan oleh Johan amatlah bertentangan. Nampaknya terpaksa kita tunggu kenyataan balas dari Johan

Thursday, December 26, 2013

"Sekarang, Saya Dan Lana Hanya Kawan Biasa Sahaja" - Johan As'ari

Sebulan yang lalu, Johan beriya mengatakan yang Lana merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh denganya di depan kaabah ketika mengerjakan umrah. Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya.


Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu

Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja

Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya

Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan mengejut sebegini.


[GAMBAR]: Rayqal, Anak Nora Danish Makin Comel Seperti Emaknya

Rayqal adalah anak Nora Danish dengan bekas suaminya Jejai. Ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Ke mana tak tumpahnya kecomelan kalau tak ke anak sendiri.


Admin tengok si Rayqal nie memang sebijik sebijan muka maknya. Putih melepak. Memang confirm besar nanti handsome dan menjadi pujaan ramai.