Johan
As’ari yang popular menerusi cerita ‘Juvana’
dan lebih dikenali sebagai ‘Botak’ tidak pernah putus mencetuskan
kontroversi dan kesemua kontroversi tersebut melibatkan bercinta dengan artis
wanita tempatan.
Mungkin
ramai yang geram dengan sikap Johan As’ari yang sesuka hati menukar
kenyataannya dari ‘saya terpikat’ dan ‘saya akan melamar’ kepada ‘anggap
sebagai adik’ dan ‘dia hanya kawan’ sehingga menggelarnya ‘artis hinggap’.
Ianya
bermaksud artis yang hinggap sebentar pada artis lain untuk cipta gosip dan
kontroversi hangat tentang percintaan demi publisiti dan populariti dan
kemudiannya beralih hinggap pada artis lain.
Sebelum
dikaitkan dengan Shila dan Lana, Johan pernah dikaitkan bercinta dengan
Nabila Huda dan juga Izreen Azminda. Dan kesemuanya putus di tengah jalan.
Kesemua alasan Johan berikan adalah sama.
Kali
ini, Lana Nordin pula diputuskan kerana tidak direstui keluarga Johan. Tapi
yang peliknya, bukan main lagi dicanang mengatakan Lana adalah calon isteri
daripada doanya untuk jodoh yang sesuai dan kini beliau terang-terangan
mengatakan Lana hanyalah seorang sahabat?
Johan
pernah memberitahu umum tentang hubungan mesranya dengan Shila Amzah dan
kononnya telah terpikat dengan gadis ini sehingga meletakkan niat yang mungkin
akan masuk meminang. Tiba-tiba saja beliau umumkan hubungannya yang baru 3 hari
dengan Lana Nordin dan ingin melamarnya, sekaligus membuat kenyataan menganggap
Shila Amzah sebagai adik saja selama ini.
Lepas ini siapa pula mangsa
seterusnya?
Lepas ini siapa pula mangsa seterusnya?
No comments:
Post a Comment