Pages

Saturday, January 4, 2014

[GOSIP]: Liyana Jasmay Gelakkan Zizan Razak?


Satu adegan yang agak memalukan telah berlaku antara dua pelakon yang memegang salah satu watak utama dalam filem Tokan arahan Ghaz. Pelakon, Liyana Jasmay telah mentertawakan Zizan Razak kerana salah menyebut perkataan bahasa Inggeris di majlis pratonton filem Tokan di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Tindakan pelakon Liyana itu dianggap sebagai cuba memperlekehkan kelemahan Zizan dalam bahasa Inggeris kerana turut dilakukan di khalayak ramai ketika sidang akhbar sedang berlangsung. Apapun, Zizan segera bertindak profesional dengan membuat lawak supaya keadaan tidak menjadi tegang dan kembali terkawal.

Mungkin pelakon berbadan dua itu cuma bergurau memandangkan Zizan terkenal dengan sikap bersahaja dan sering bergurau dengan artis lain.



No comments:

Post a Comment