Pages

Wednesday, January 1, 2014

[GOSIP]: GM Hotel Mewah Minta Maaf Dengan Chef Wan Gara-Gara Laksa Nyonya Tak Sedap

Datuk Chef Wan dalam laman Instagram peribadinya melemparkan perasaan tidak puas hati dengan juadah Laksa Nyona sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini. Bukannya terkejut dengan apa yang dingomel oleh Datuk Chef Wan, tetapi sikap acuh tak acuh chef hotel berkenaan yang telah menyediakan hidangan tempatan yang tidak mengikut resipi yang betul.


Nasib chef berkenaan agak malang, kerana hidangan terkenal masyarakat tempatan itu telah dirasai oleh seorang pakar masakan tanah air yang juga duta hidangan negara di peringkat antarabangsa. Apatah lagi, hidangan tempatan tidak kira Melayu, Cina,Baba, Nyonya mahupun India adalah kepakaran Datuk Chef Wan. Kalau tidak, mana mungkin dia mendapat gelaran Datuk dan Selebriti Chef Terbaik Dunia.

Menurut hasil tulisan Datuk Chef Wan, Laksa Nyonya berhargaRM40 yang disediakan oleh hotel mewah berkenaan tidak memiliki citarasa sebenar resipi berkenaan, bagaikan sudah terlebih rempah.

Kekecewaan Datuk Chef Wan itu telah dikongsi dengan pengurus restoran berkenaan dan nampaknya telah mendapat maklum balas positif bukan sahaja daripada peminatnya, malahan juga pihak hotel berkenaan. 

Datuk Chef Wan yang ditemui dalam sebuah majlis fesyen petang semalam, telah dihubungi oleh pihak restoran hotel mewah berkenaan dan meminta maaf dengan insiden berkenaan. Datuk Chef Wan secara peribadi telah meminta maaf dengan pihak hotel berkenaan sekiranya tulisannya itu telah menyinggung perasaan pihak terbabit kerana ada sebahagian ditulisannya hanyalah sebagai lawak jenaka semata-mata.

Datuk Chef Wan memberi tahu, bahawa apa yang dituliskannya itu tidak lain tidak bukan hanya untuk menegur pihak berkaitan untuk menyediakan hidangan tempatan mengikut resipi yang tepat, tanpa mengubah citarasa asal.

No comments:

Post a Comment