Pages

Thursday, January 2, 2014

Tak Roboh ‘Villa Nabila’, Pemiliknya Bayar Cukai

JOHOR BAHRU : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak bercadang untuk merobohkan Villa Nabila atau Christine Palace yang terletak di Jalan Skudai, di sini, setakat ini. Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim berkata, pihaknya boleh merobohkan banglo tinggal terbabit sekiranya bangunan itu mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang ramai.


“Bangunan berkenaan kosong, tetapi ia tidak mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Tambahan pula, pemilik bangunan tidak pernah culas membayar cukai kepada kami. Jadi ia tidak akan dirobohkan setakat ini,” katanya.

Ismail berkata, status bangunan dinamakan ke atas pemilik warganegara Singapura dan nama sebuah syarikat.


Mengulas lanjut mengenai tindakan MBJB, beliau memberitahu pihaknya sudah memagar lokasi terbabit daripada tidak terus dikunjungi orang ramai.

No comments:

Post a Comment