AFGHANISTAN : Hanya kerana enggan menjual barang kemas untuk
membolehkan si suami membeli dadah, seorang wanita terpaksa menanggung
kesakitan yang amat sangat apabila suaminya itu memotong hidung serta
bibirnya.
Selain itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Setara dan
mempunyai empat orang anak itu, turut dipukul oleh suaminya yang juga
penagih dadah di kediaman mereka di Herat.
Lelaki itu didakwa memukul kepala isterinya dengan batu sebelum mengambil pisau dan memotong hidung serta bibir wanita tersebut. Susulan serangan ganas itu, Setara telah dibawa ke hospital dan kini sedang menunggu untuk melanjutkan rawatan di Turki.
Manakala suaminya pula telah ditahan polis. Dalam pada itu, ibu Satara iaitu Nasima meminta polis supaya menghukum menantunya itu dengan segera.
“Perkara pertama polis perlu lakukan ialah menyebatnya kemudian
merejamnya dengan batu hingga mati. Ia sebagai pengajaran kepada lelaki
kejam seperti itu,’’ katanya.
Keganasan terhadap kaum wanita bukan perkara baru di Afghanistan
malah dianggarkan 28 peratus kes direkodkan di negara berkenaan
sepanjang tahun lepas. Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha telah dipotong telinga dan
hidung oleh suaminya sebagai hukuman kerana dia cuba melarikan diri
daripada perkahwinan mereka.
Bibi telah diheret ke kawasan pergunungan sebelum suaminya melakukan perbuatan kejam itu. Namun Bibi berjaya merangkak ke rumah datuknya sebelum dia dihantar
ke hospital tentera Amerika Syarikat di kawasan berkenaan untuk rawatan. Bibi kini menggunakan hidung prosthetic dan menetap di Amerika bersama sebuah keluarga. –
No comments:
Post a Comment