Sambutan
Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit
sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan
merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.
Mereka
sebelum itu melepasi tiga halangan polis kira-kira jam 11 malam dan kemudiannya
berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dipercayai menunggu masa untuk
menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.
Polis
sudah membina benteng baru di sekeliling padang Dataran Merdeka menghadap
bangunan bersejarah itu bagi mengelak kumpulan terbabit meluru masuk.
Bagaimanapun,
kira-kira jam 11.30 malam, sebahagian kumpulan itu meluru ke arah padang dan
bersatu dengan penonton-penonton konsert. Wartawan
bnbbc di lokasi melaporkan ada objek dibaling ke arah pentas. Polis segera
mengarahkan konsert ditamatkan dan meminta orang ramai terutama penonton
konsert beredar.
Sebilangan
besar penonton yang datang bersama keluarga kelihatan meninggalkan padang
manakala peserta perhimpunan haram yang sudah masuk ke padang itu
menjerit-jerit seolah-olah berjaya ‘menawan’ Dataran Merdeka. Difahamkan,
kumpulan terbabit merancang masuk beramai-ramai ke padang berkenaan jam 12
tengah malam.
No comments:
Post a Comment