USIANYA dalam bidang seni boleh dikira masih lagi setahun
jagung tetapi tidak bermakna pelakon Nur Risteena Munim Zainul Ilyas
dapat mengelak daripada terpalit dengan kontroversi yang membabitkan dirinya.
Namanya mula menjadi sebutan kerana lakonannya dalam drama bersiri Playboy
Itu Suami Aku
Risteena
mendapat kritikan ramai apabila ada segelintir yang melabelkannya sebagai
seorang pelakon ‘kayu‘ ketika melihat kemunculannya dalam drama bersiri
Playboy Itu Suami Aku. Bergandingan
dengan seorang lagi muka baharu, Fattah Amin dalam drama berkenaan, pelakon itu
mengakui tidak kisah apabila dilabel sedemikian oleh peminat menerusi laman
sosial.
Mula-mula
membaca komen sedemikian menerusi laman sosial Twitter, saya rasa sangat kecewa
memandangkan ketika itu penggambaran masih lagi berjalan. Ada kalanya sewaktu
penggambaran sedang dilakukan, saya langsung tidak bersemangat.
Kemudian
pengarah banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk memperbaiki lagi mutu
lakonan kami.
Selain itu, kami akan berhenti berehat ketika
drama ini sedang ditayangkan di televisyen dan menerusi cara tersebut saya
dapat melihat setiap kelemahan yang ada
Mengakui
tidak berpuas hati dengan lakonannya dalam drama bersiri berkenaan pada episod
awal, kini dia dan Fattah yang turut mendapat kritikan berhasil memperbaiki
lakonan masing-masing.
Pada
mulanya, kami memang agak sukar untuk mencari keserasian bersama kerana kali
pertama bergandingan serta masing-masing pemalu dan buat hal sendiri, namun
pengarah meminta kami lebih mesra di lokasi supaya mudah ketika berlakon
Dalam
pada itu, Risteena menyatakan selain Playboy Itu Suami Aku yang masih
ditayangkan di kaca televisyen, terdapat sebuah lagi drama bersiri lakonannya
iaitu Menjinak Ombak arahan Along Kamaruddin sedang ditayangkan sejak 6
Disember lalu di slot Zehra setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam.
No comments:
Post a Comment