KERANA taksub pada cinta, seorang lelaki sanggup melanggar hukum agama dan menyekutukan ALLAH dengan memuja semula roh isterinya. Lebih tragis, perkara ini bukan direka semata-mata untuk filem Paku
arahan P. Rameesh tetapi perkara ini benar-benar terjadi suatu ketika
dulu.
Filem yang membariskan pelakon berbakat besar seperti Johan Asari,
Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jasmin, dan Kamal Adli ini mengisahkan
Fahmi (Johan) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan
untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aishah) yang telah mati.
Disebabkan terlalu cinta dan merindui Rania, Fahmi sanggup melakukan
apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya walaupun terpaksa
menyekutukan ALLAH.
Fahmi berjaya mencari bomoh yang boleh menyeru kembali roh isterinya.
Rania berjaya diseru dan menjadi manusia kembali selepas tengkuknya
ditusuk paku. Fahmi benar-benar gembira dengan kehidupan baharunya walaupun terpaksa
mematuhi syarat yang bertentangan dengan Islam demi memastikan Rania
dapat hidup bersamanya.
Dengan perjanjian syaitan itu, Fahmi tidak dibenarkan menggantungkan ayat al-Quran, apatah lagi melaungkan azan di rumahnya. Melihat judulnya, pasti ramai yang akan menyamakan filem ini dengan Paku Pontianak lakonan Pekin dan Uqasha Sensore, yang ditayangkan di pawagam sebelum ini.
Bagaimanapun, ingin penulis jelaskan di sini, kedua-dua filem ini tiada langsung persamaan kerana masing-masing berdiri dengan jalan cerita tersendiri. Namun lumrah kisah seram, pastinya setiap babak cuba digarap dengan elemen mistik. Berbeza dengan Paku, filem ini lebih tertumpu kepada upacara pemujaan.
Di saat penonton dihidangkan dengan situasi menyeramkan dan mencemaskan, ia bagaimanapun bertukar agak lucu apabila pengarah cuba membawa kelainan menerusi watak-watak dalam filem ini.

No comments:
Post a Comment