DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi
kebebasan sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain
Saidin mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka. Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa
perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita
Harian.
Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen
TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai
hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro. Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan
merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari
pihak penganjur selepas majlis.
Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti. Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.
Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap apa.
Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara mudah
dan percuma di dunia ini.
No comments:
Post a Comment