Pages

Saturday, January 4, 2014

Air Zamzam Penawar Kandungan Linda Hashim?


Agak lama juga tidak mendengar cerita pelakon Linda Hashim dan suaminya Beego. Terbaru dengar Linda dah hamil. Namun yang menjadi kelainan  Linda mengamalkan petua meminum air zamzam pada setiap hari yang diibaratnya sebagai penawar untuk menjaga kandungann sejak disahkan mengandung pada Julai lalu.



Sejak mengandung hanya air zamzam sahaja yang mampu buat saya hilang dahaga. Biarpun rasa air zamzam agak payau namun saya rasa puas selepas meminumnya. Oleh kerana agak sukar untuk ditemui, Beego sudah buat tempahan setiap bulan di sebuah kedai iaitu dua botol air yang mana setiap botol kandungannya ialah 10 liter


Linda juga memberitahu yang dia gemar memakan buah-buahan dan juga kismis. Baik untuk menjaga kandungan bukan? Di tanya mengenai alahan dia Linda menjawab walaupun kali pertama mengandung dia tiada sebarang masalah.


Alhamdulillah, semuanya saya jalani dengan mudah ketika mengandung. Tiada banyak ragam atau alahan. Semua makanan boleh saya makan. Hanya Beego sahaja yang susah hati melihat keadaan saya dan terlalu mengambil berat soal pemakanan saya.

Ujar Linda juga dia masih belum buat sebarang persiapan kerana masih terlalu awal. Ditanya tentang kandung, imbasan pertama  doktor mendapati jantina bayinya adalah perempuan. Tahniah buat Linda Hashim dan Beego. Semoga semuanya selamat dan kandungan berada dalam keadaan yang sihat!


No comments:

Post a Comment