Pages

Thursday, January 2, 2014

[GAMBAR]: Tengku Puan Pahang ‘Tinggalkan’ Istana Demi Rakyat…

Di sebalik bencana banjir yang menimbulkan resah rakyat Pahang, ramai juga yang tersentuh dengan sifat prihatin ditunjukkan kerabat istana terutama KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Puan sanggup mencemar duli, meninggalkan keselesaan istana demi bersama-sama rakyat di pusat pemindahan banjir. Kehadiran Tengku Puan pula bukan sekadar meninjau keadaan tetapi turut serta membuat kerja kebajikan termasuk memasak, mengagihkan makanan dan mengenalpasti masalah yang timbul.


Lihat saja gambar-gambar dan video di bawah. Jika tidak kenal, sesiapa pun tentu tak menyangka wanita yang gigih memasak dan membuat kerja tersebut merupakan kerabat tinggi istana. Bertuah rakyat Pahang kerana memiliki Tengku Puan yang prihatin seperti ini. Sekurang-kurangnya, terubat sedikit kesedihan ditimpa bencana



No comments:

Post a Comment