Melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia selepas 36 hariAhmad Ammar meninggal dunia dil. anggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.
Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60
jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima
Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ. Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul
Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara
anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan
semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh
dan dijanjikan syurga olehNya kelak.
No comments:
Post a Comment