Sebelum penyanyi Black Hanifah selamat menjadi suami kepada wanita
bernama Naquia Yasirah atau Chira, penyanyi ini mengalami kontroversi
penipuan yang melibatkan wangnya RM30,000 lesap. Malah, selepas selamat berkahwin, isterinya pula dituduh sebagai
seorang janda. Bagaimanapun, Black dan isteri tetap tabah menghadapi
dugaan tersebut dan semakin bahagia bergelar suami.
Sungguhpun diasak setengah pihak untuk mendedahkan identiti penipu
tersebut, Black lebih banyak mengambil sikap untuk mendiamkan diri dari
menyebarkan nama individu yang menipunya itu. Namun, Black tetap memberi
bayangan tentang penipu berkenaan.
Pun begitu, semakin Black mendiamkan diri, penipu tersebut semakin berani dan terus meluaskan empayer penipuan
terhadap pasangan pengantin yang lain. Oleh kerana itu, pada hujung minggu lalu, Black dan isterinya telah
mendedahkan individu yang menipunya itu di laman Instagram milik
masing-masing.
Menerusi pendedahan tersebut, mangsa penipu itu difahamkan adalah
mangsa si penipu yang ke 100. Manakala penipu itu adalah pemilik nama
Moment Cinta. Tujuan Black mendedahkan nama penipu tersebut bukanlah ingin membalas
dendam sebaliknya dia tidak mahu penipu itu terus menipu pasangan lain
yang ingin membina mahligai bahagia.
Jika benar Moment Cinta menipu, kenapa dia masih lagi terus aktif menipu
pasangan pengantin yang lain? Tidakkah pihak tertentu sepatutnya
mengambil tindakan? Black juga telah pun membuat
laporan polis.
No comments:
Post a Comment