Pages

Saturday, January 4, 2014

[PANAS]: Penafian Johan As’ari, Guna Agama Untuk Pikat Wanita?


PELAKON Johan As’ari yang terkenal sebagai Botak dalam ‘Juvana’ tidak pernah lepas dihimpit kontroversi. Terbaru kisah percintaannya dengan aktres Lana Nordin dan kini sudah putus.


Kalau sedar, sebenarnya tidak banyak kenyataan keluar dari mulut Johan As’ari selepas keputusan kontroversi beliau untuk memutuskan hubungan dengan Lana Nordin dengan alasan keluarga tidak merestui hubungan mereka.


Johan As’ari sehingga hari ini menerima banyak kritikan & kecaman dari para peminat mengatakan dirinya seorang lelaki kasanova dan suka mempermainkan hati wanita.

Memetik sumber Sinar Harian hari ini, Johan As’ari tidak melatah dengan segala apa kritikan yang timbul dan terus bersyukur kerana mempunyai peluang untuk memperbaiki dirinya sendiri lepas kontroversi tersebut.

Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim. Manakala tanggungjawab & aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama

Mengakui diri sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan, Johan As’ari berharap semua pihak tidak memanjangkan kontroversi ini dan turut bimbang ianya akan kembali terjadi.

No comments:

Post a Comment