SEKITAR bulan Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan
penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di
Pulau Perhentian.
Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.
Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak,
namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada
jejaka yang berstatus duda ini.
Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu. Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.
Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja
kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar
tersebut — kutip tin. Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak
bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih
gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah
No comments:
Post a Comment