PENYANYI rock terkenal tanah air, Amy Search melahirkan kekagumannya
terhadap anggota kumpulan muzik, Bunkface yang tidak meninggalkan solat
mereka. Menurut penyanyi itu, band berkenaan patut dipuji kerana mengutamakan ibadah walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.
"Aku ‘salute’ budak-budak Bunkface, walaupun waktu berkerja
solat tak dilupakan , muda-muda sudah tunaikan umrah – Kami berkarya
kerana bakat anugerah Allah SWT – Dont Judge the book by its cover,” kata Amy dalam laman FBnya.
Kami juga bangga dengan Bunkface, sekaligus menepis persepsi negatif ramai pihak terhadap kumpulan pemuzik muda seperti mereka. Sesungguhnya solat itu WAJIB dan boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.
Semoga perjalanan seni Bunface akan terus cemerlang sekaligus
meletakkan nama kumpulan mereka sebaris dengan nama besar band di tanah
air kita, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment