Pages

Wednesday, January 8, 2014

[GAMBAR]: Telatah Comel Anak Tomok (Arrian) Menonton Tomoi Ketika Bercuti Di Kemboja


Siapa sangka telah comel anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid mendapat begitu banyak perhatian peminat. Pasti ramai sahaja yang memuji kecomelan anak Tomok ini. Mungkin lebih popular daripada bapanya kerana setiap kali gambar mahupun video yang dimuat naik melalui akaun Instagram, begitu ramai yang like dan memberikan komen memuji kecomelannya.


Tomok, isteri dan anak kecilnya ini  berlepas ke Kemboja bersama isteri dan anaknya pada 20 November lepas. Pengalaman mereka sekeluarga sepanjang berada di negara tersebut bakal dikongsikan dengan  eminat menerusi salah sebuah program travelog berjudul Destinasi Ria untuk siaran Astro Ria.


Ketika di sana, Tomok telah membawa Arrian pergi menyaksikan perlawanan tomoi. Tomok telah memuat naik sebuah video rakaman Arrian yang kelihatan sangat teruja menonton perlawanan tomoi di Siem Reap, Kemboja.

Telatah Arrian pada ketika itu menunjukkan seolah-olah dia sedang bersorak dan seakan faham dengan situasi perlawanan tersebut.

Anda boleh tengok video tersebut di http://instagram.com/tomokofficial





No comments:

Post a Comment