Saya tak pernah bercinta dengan Akim dan tak bersedia nak kahwin. Ada
salah faham dalam laporan akhbar terbabit
Jelas Stacy mengenai laporan
akhbar tempatan (bukan Sinar Harian) yang mengatakan dia dan Akim sudah
lama menjalinkan hubungan cinta dan bakal mendirikan rumah tangga tidak
lama lagi.
Menurut Stacy atau nama sebenarnya, Stacie Angie Anam, sehingga kini
dia dan Akim berkawan rapat. Bagaimanapun ia bukan bererti mereka
bercinta.
Memang sudah lima tahun kami berkawan, tapi bukan bercinta. Kami juga
tidak akan ke fasa seterusnya kerana saya masih belum memikirkan soal
kahwin. Saya baru 23 tahun. Masih panjang lagi masa untuk saya berfikir
sejauh itu. Saya memang rapat dengan Akim, cuma sekarang, masing-masing sibuk dan
kami sudah lama tak berhubung. Tapi akan berkomunikasi melalui telefon
sahaja
Mengulas mengenai kesediaannya memeluk agama Islam, Stacy berkata :
Saya belum bersedia tetapi sangat mengagumi agama Islam, apatah lagi
saya banyak bergaul dengan mereka yang beragama Islam. Perkara ini sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah
lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya
memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ia tidak melibatkan
sesiapa
No comments:
Post a Comment