RATA-RATA peminat pelakon Nora Danish mengetahui aktres itu sering
bersama seorang jejaka Mohamad Nedim Mohd Nazri melalui paparan gambar
di laman sosial miliknya.Susulan itu, khabar angin mengenai pelakon kecil molek itu yang sedang
membuat persediaan untuk berkahwin dengan Nedim telah dinafikan pada
tahun lalu.
Terbaru, jejaka berusia, 31 tahun yang sering dikaitkan dengan Nora
turut menafikan akan melamar aktres jelita itu pada tahun ini. Memetik dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nedim mengakui
Nora adalah orang yang paling rapat dalam hidupnya ketika ini namun
masih belum membuat perbincangan mengenai perkahwinan itu.
Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya
tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang
selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan
setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat
dengan saya.
Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai
seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan
buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan
pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini
Dalam pada itu, Nedim juga berkata perkara mengenai perkahwinan itu
diserahkan kepada ALLAH dan jika ianya berlaku akan dikongsikan kepada
umum.
Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan
ALLAH, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak
dapat dielak. Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang
No comments:
Post a Comment