Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) bakal menggunakan
konsep 'Game On' sebagai tema persembahan anugerah berprestij itu tahun
ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,
Ahmad Izham Omar, konsep 'Game On' dipilih kerana dinamik pemuzik yang
dipamerkan dalam menggerakkan industri muzik tanah air.
Elemen 'Game On' akan disertakan dengan grafik dan imej yang disusuli susunan muzik serta persembahan istimewa sebagai impak. Sementara itu, AJL 28 tahun ini akan menyaksikan sedikit perubahan iaitu
giliran persembahan peserta kali ini akan ditetapkan sendiri oleh
penganjur berbanding pada tahun-tahun sebelum ini yang dilakukan
mengikut cabutan undi.
Pada kali ini kita telah menetapkan sendiri giliran persembahan artis
dan tidak menggunakan sistem undian seperti tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana banyak masalah akan timbul jika persembahan artis bertanding
dibuat mengikut giliran melalui undian dan keadaan akan menjadi kelam
kabut
No comments:
Post a Comment