Seremban : “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta,
saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri
selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima
‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil
Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.
Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan
semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak
hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia
40 tahun yang juga seorang guru.
“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana
memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki
meminta supaya membiarkan saja.
“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam
(kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika
ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300
hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas
sebagai guru.
No comments:
Post a Comment