Karl
Shafek mencetuskan satu kontroversi
apabila telah memuatnaik gambar dirinya bersama seekor anjing melalui akaun
Instagram peribadi miliknya.
Gambar
yang diambil ketika bercuti di Pantai Padang Padang, Bali Indonesia itu telah
menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat yang nyata kebanyakannya tidak
menyenangi tindakan Karl Shafek itu.
Kebetulan
ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi
saya ambil keputusan untuk bergambar. Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar
agak jauh dari anjing berkenaan.
Kark
Shafek tidak melenting dengan isu yang timbul dan segera memberi penjelasan
bahawa gambar tersebut dirakam atas sebab nalurinya yang menyukai haiwan,
termasuklah anjing.
Tambahnya
lagi, dia masih tahu menjaga batasannya sebagai seorang Muslim dan sedia maklum
bahawa isu ini agak sensitif kepada umat Islam.
No comments:
Post a Comment