Beijing : Seorang pelajar Universiti Jilin yang hanya dikenali
sebagai Lee, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh dan
memperkosa mayat dua mangsanya. Lee, pelajar senior universiti berkenaan mengaku sudah sekian lama
teringin mengadakan seks dengan mayat. Menurut sumber, beberapa bulan
lalu, selepas gagal banyak mata pelajaran dalam peperiksaan, dia
melanggan seorang pelacur sebagai cara untuk menghilangkan tekanan.
Katanya, dia mengadakan seks dengan mangsa sebelum membunuh wanita berkenaan dengan menggantung pelacur itu keesokan harinya.
Lee kemudian membungkus mayat mangsa dan membawanya pulang ke
kediamannya di Changping. Dia mengadakan seks dengan mayat itu sebelum
memotongnya kepada beberapa bahagian dan menanamnya di belakang rumah.
Beberapa minggu kemudian, dia melakukan jenayah serupa dengan seorang lagi pelacur. Mahkamah semalam mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Dia juga diarah membayar denda sebanyak 80,000 yuan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.
No comments:
Post a Comment