Pages

Tuesday, January 7, 2014

Penubuhan Fan Club Menyusahkan! - Izara Aishah


Menurut portal GUA, Izara Aishah dikatakan tidak menafikan yang dia tidak mempunyai apa-apa pertubuhan kelab fan untuk dirinya. Tapi memang itu lah yang ingin dikatakan oleh Izara sendiri yang mahu bersikap adil kepada semua pihak tak kira peminat mahupun penaja.



Saya tak buat kelab peminat sebab saya tak mahu peminat saya berada dalam satu kelompok sahaja. Saya rasa tak adil jika hanya ahli kelab peminat saja yang mendapat layanan atau dapat meluangkan masa dengan artis kesayangan mereka. Saya tak rasa rugi sebab bagi saya, lagi seronok jika ia dibuat dengan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu dalam satu kumpulan sahaja. 

Saya juga tidak percaya dengan penubuhan kelab peminat kerana ia hanya akan menimbulkan masalah dan juga salah faham. Sebelum ini ada pihak pernah buat kelab peminat tanpa pengetahuan saya dan mempergunakan duit orang lain untuk membuat T-shirt dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, saya lebih selesa untuk tidak mempunyai kelab peminat


No comments:

Post a Comment