Datuk kepada murid miskin, Nur Khatijah Abdullah, 7, iaitu
Mohd Rodzi Ariffin, 61, terkilan apabila kenyataannya mengenai nasib
mereka sekeluarga diputar-belit melalui beberapa laporan media dan
khabar angin di media sosial.
Menurutnya, disebabkan laporan yang tidak tepat itu, pihaknya disoal
siasat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kebenaran kisahnya yang
diceritakan kepada media (bukan Sinar Harian) sebelum ini.
JKM banyak kali telefon saya bertanya betul ke tak dapat Perkeso
atau pencen? Apa yang saya dapat jika menipu? Lihat saja rumah saya
yang serba kekurangan ni
Kisah Nur Khatijah tersebar di laman sosial selepas datuknya membawa
bunjut wang syiling berjumlah RM64 untuk membayar yuran sekolah cucunya itu.
Jumlah itu bagaimanapun tidak mencukupi dan terpaksa ditambah atas belas
ihsan guru-guru pada hari pertama sesi persekolahan.
Rodzi yang lebih mesra dipanggil Pak Long akui sudah tidak terdaya lagi
melakukan sebarang kerja berat sejak berhenti menjadi pemandu bas mini
pada tahun 1995 selepas perkhidmatan bas itu dihentikan.
Ada juga saya ambil upah tempahan buat hulu parang, tetapi tempahan
itu bermusim, bukan setiap hari ada yang mahu buat. Duit RM64 itu Tijah sudah kumpulkan sejak tadika lagi. Katanya mahu
guna untuk bayar yuran sekolah
Pak Long yang juga mengidap sakit lutut bertanggungjawab menjaga Nur
Khatijah sepeninggalan isterinya, Shamsiah Yusoff, 55, yang bekerja
sebagai tukang cuci di sebuah kilang berdekatan. Nur Khatijah yang mesra disapa Tijah seorang kanak-kanak yang mudah
mesra, malah ketika dikunjungi Sinar Harian semalam, dia tidak segan
untuk duduk dipangku penulis.
Bila besar nanti, Tijah nak jadi doktor, boleh ubatkan Tok Wan
dengan mak (panggilan nenek). Nanti Tijah nak kumpul duit
banyak-banyak, nak beli laptop
Menurut Nur Khatijah, jiran tetangga ramai yang gemar beri wang syiling
kepadanya dan wang syiling itu akan diasingkan mengikut nilai dalam
tabung berasingan.
Hari-hari Tijah tidur dengan mak, mak yang jaga Tijah. Tijah sayang
mak
Nur Khatijah obses dengan penyanyi seberang Tegar dan menjadikan
penyanyi itu sebagai idolanya, malah setiap hari bait lagu 'Aku Yang
Dulu Bukan Sekarang' sering bermain di bibirnya. Nenek Nur Khatijah yang mesra dipanggil Mak Long nekad mahu menjaga cucu
tunggalnya hingga akhir hayat walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan.
Sejak mak Tijah meninggal masa umur dia dua tahun tiga bulan, Mak
Longlah yang menjaga. Dia meninggal kerana sakit barah paru-paru. Selama ni, Mak Long rahsiakan saja beban kami kerana tak mahu
susahkan orang lain. Kami ada mohon JKM bermula tahun lalu bantuan
untuk Tijah, dapatlah sebulan RM100
Mak Long yang bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai pendapatan
sebanyak RM900 sebulan untuk membeli barang keperluan harian dan wang
itu yang digunakan untuk perbelanjaan mereka sekeluarga memandangkan
suaminya tidak mampu
bekerja lagi.
Berapa sangatlah jumlah gaji tu kalau nak bandingkan belanja
sekarang yang tinggi. Mujur ustazah Tijah, selalu hulurkan wang dan
beli apa yang patut
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh berbuat
demikian ke akaun Bank Islam atas nama Mohd Rodzi Ariffin
12-12202-023994-9 atau akaun Maybank neneknya atas nama Shamsiah Yusoff
1121-8316-7327.
No comments:
Post a Comment