Sebelum
ini, penyanyi dan pelakon, Misha Omar pernah menangguhkan
perkahwinannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos
Ezzwan Rossly, 31, pada September tahun lalu dan dan dikatakan
bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Februari 2014. Namun Misha
Omar dan tunangnya itu telah menangguhkan perkahwinan mereka sekali
lagi.
Penangguhan
kali ini adalah disebabkan kematian bapanya Omar Ismail, 75. Jenazah Omar dikebumikan
di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok berhampiran pusara arwah ibunya. Misha
berkata, dia sudah berbincang dengan keluarga dan tunangnya Firos berkaitan hal
itu.
Kami
sudah berbincang, tak mungkin akan teruskan (perkahwinan mengikut perancangan). Kami perlu masa, kehilangan adalah menyakitkan
apatah lagi orang yang paling penting
No comments:
Post a Comment