Rio de Janeiro : Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun
di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini
mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu. Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran
seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina
AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara
online.
Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.
Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina
juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka
saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai
‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan
tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang
jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.
“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti
diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi
sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu
romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun,
kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi
skype,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan
tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta
(RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin
dengannya dan berpindah ke negara asalnya.
“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.
“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.
“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.
“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan
pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang
banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,”
katanya.
No comments:
Post a Comment