Shila Amzah ‘meletup’ ekoran satu akaun palsu di laman sosial Facebook
yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status
berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya.
Sebelum ini, kewujudan akaun palsu tersebut tidak diendahkan namun
Shila menyifatkannya melampau selepas foto itu dimuat naik dengan
kapsyen berkahwin.
Namun, menerusi akaun Instagramnya, Shila menjelaskan bahawa dirinya
belum berkahwin dan tidak pernah untuk menimbulkan kontroversi. Malah Shila yang geram dengan perbuatan melampau itu juga memberitahu
bahawa perkara tersebut akan disiasat malah tidak akan melepaskan
sesiapa yang terlibat.
Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah
timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh
berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini. Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan
Untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik
mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk
terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert
yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan
yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment