LANA Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa
dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari. Lana
juga menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu
dengan keluarganya
saya
faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke
arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak
pernah halang hubungan kami. Mereka
cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun
dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau
dia yang mereka-reka cerita
Menggulas
lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH
sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.
Menyentuh
perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia.
Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan
agama. Saya
fikir ya, mungkin dia boleh jadi pembimbing yang baik untuk saya..tapi
sebaliknya berlaku. Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya
Johan.
Saya
memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya
lebih suci daripada dia
No comments:
Post a Comment