Sepasang
suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan
meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra,
semalam.
“Lebih
menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi
berkenaan sedang tidur nyenyak”
Ibu
bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil
anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu
bekerja.
“Ketika
mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung
tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.Melihat kejadian itu, saya dan
suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,”
Dia
berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem
namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan
sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.
“Segalanya berlaku dengan pantas.
Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya
menerima tubuhnya yang kaku”
Tambah
Rossmaine , dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya
dimatikan. Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan
Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian
itu.
No comments:
Post a Comment